Biodata Diriku

Perjalanan Hidupku
       Dilahirkan pada hari Rabu 8 Mei 1957 bersamaan 9 Syawwal 1376H. Anak ke tiga daripada lapan orang adik beradik daripada pasangan Hj Awang bin Amin dan Hjh. Mastura@ Maskura bt. Yusuf.  Memulakan pengajian di SK. Sungai Baru Tanjung Piandang Perak mulai tahun 1964 hingga awal 1967. Setelah tamat darjah tiga dan beberapa bulan di tahun empat sekolah rendah, bertukar ke Madrasah al-Hidayah Parit Abas Kuala Kurau bermula dari kelas peralihan Tahdiri pada tahun 1967 sehinggalah ke darjah 6 (Thanawi 2) pada tahun 1974.  Setelah itu saya berpindah ke Darjah Lanjutan Agama atau dikenali sebagai Sekolah Darjah Khas di Titi Serong P. Buntar pada tahun 1974-1975.  Sewaktu belajar di sekolah ini, saya mengambil peperiksaan SRP sebagai calon persendirian dan lulus Pangkat A, dengan mendapat Agregate 18. Dengan kelulusan tersebut saya diterima melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat Sekolah Menengah Izzuddin Shah pada tahun 1976 -1977. Saya juga menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang, tetapi kerana umur saya melebihi had ditetapkan maka tawaran tersebut dikira terbatal dengan sendirinya.  Peluang belajar di Izzuddin Shah tersebut saya gunakan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Dalam peperiksaan SPM 1977 saya lulus pangkat 2. Dengan berbekalkan sijil tersebut dan baik dalam matapelajaran Sains Am, saya diterima bekerja sebagai Pembantu Makmal di Division of Fisheries and Marine Science Universiti Pertanian Malaysia serdang. Setelah beberapa bulan bekerja dan tinggal menumpang bersama dengan Tuan Hj. Ghazali bin Abdul Salam, seorang pensyarah Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya ketika itu,  saya memohon dan diterima mengikuti Kursus Perguruan Asas Pendidikan Islam Peringkat Awal Remaja.  Saya berkursus di situ selama dua tahun bermula pertengahan tahun 1979 hingga akhir tahun 1980.  Pada bulan Januari 1981 saya ditempatkan mengajar di Sekolah Kebangsaan Kunak 3, Tawau Sabah.
Disebabkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan kerinduan kepada tanah tumpah darah, saya meninggalkan jawatan guru itu dan melanjutkan pelajaran ke Pra Akademi Islam Universiti Malaya mulai sesi Jun 1981-1983. Setelah dua tahun belajar peringkat pra, saya memasuki Fakulti Syariah Universiti Malaya mulai tahun akademik 1983-1987. Berkat kegigihan belajar saya lulus dengan pangkat Kepujian Kelas Satu Sarjana Muda Syariah.

    Sebaik tamat pegajian Ijazah Pertama  saya di arahkan oleh Kementeian Pendidikan agar menyambung perkhidmban sebagai guru agama di SM Methodist ACS Sitiawan Perak. Pada masa yang sama saya menerima tawaran berkhidmat sebagai tutur di Akademi Islam Universiti Malaya. Disebabkan masih ada ikatan kontrak dengan Kementerian  Pendidikan yang belum diselesaikan saya melupakan cita-cita untuk menyambung pengajian peringkat sarjana dan menjadi pensyarah universiti.
    Saya memulakan tugas sebagai Guru Agama Siswazah Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Methodist ACS Sitiawan Perak pada bulan Jun 1987. Pada tahun pertama bertugas, saya telah bergaul dengan  masyarakat setempat dengan baik dan kemampuan menguasai Bahasa Arab. Pegawai Pendidikan Daerah Manjung mengarahkan saya bertukar ke Sekolah Menengah Batu 10 Lekir dan mengajar Bahasa Arab bagi kelas Aliran Khas Agama. Kemampuan dan kegigihan saya mengajar telah menarik perhatian pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Negeri Perak. Saya diarahkan berpindah ke Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah dan mengajar Bahasa Arab bagi kelas tingkatan 1 hingga 5. Saya juga diarahkan mengajar tingkatan 6.
     Pada tahun 1993 saya telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dengan pergerakan gaji melintang. Pada tahun itu juga saya diberi peluang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran B. Arab di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Saya dapat menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam tempoh satu setengah tahun. Pada tahun 1995 saya lulus peringkat sarjana dan ditempatkan di IPG Kampus Ipoh sehingga kini yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh Hulu Kinta. Sewaktu memulakan perkhidmatan di IPG ini saya berada pada tingkatan A. 19. D3 dan kini sampai ke peringkat DG. 54, satu kedudukan yang tidak pernah saya impikan.
    Sepanjang berkhidmat di IPG saya mendapat dua anugerah perkhidmatan cemerlang menjadikan jumlah tiga anugerah cemerlang yang saya perolehi sepanjang perkhidmatan dengan Kementerian Pendidikan. Disamping berkhidmat sebagai pensyarah IPG Kampus Ipoh, saya juga telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai:
1)   Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mulai tahun 2005 - kini
2)   Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak mulai tahun 2010 - kini
3)   Ahli Jawatankuasa Tertinggi Baitul Mal Negeri Perak mulai tahun 2011 -kini
4)   Ahli Jawatankuasa Pengawasan  Pengajaran Agama Negeri Perak mulai tahun 2011- kini
5)   Ahli Jawatankuasa Odit Majlis Agama Islam Perak mulai tahun 2015 - kini
6)   Ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Majlis Agama Islam Perak mulai tahun 2015 - kini.

Selain JK di atas, saya juga dilantik sebagai:
1) Panel temuduga tauliah mengajar negeri Perak
2) Panel temuduga Jurunikah negeri Perak
3) Panel temuduga Imam masjid dan Surau Diri Jumaat Negeri Perak.

Dalam bidang kemasyarakatan, saya berpengalaman menjadi:
1) Pengerusi JK Kariah (Pengerusi) Masjid Saidina Umar Ibni al-Khattab mulai 2008 -2016
2) Pengerusi JK Pembinaan Masjid Saidina Umar Ibni al-Khattab mulai 2011-2015
3) Imam bertauliah  dan menerima elaun JAKIM bagi Masjid Saidina Umar Ibni al-Khattab mulai 2008-2016
4) Guru Agama bertauliah negeri Perak 2005-kini

Sepanjang kerjaya sebagai guru dan pensyarah IPG Kampus Ipoh, memiliki sijil dan pengalaman sebagai:
1) Ketua Pemeriksa Peringkat Kebangsaan Ujian Lisan Bahasa Arab STPM
2) Ketua penggubal soalan Pendidikan Islam Peringkat SPM
3) Panel temuduga pengambilan guru-guru j-QAF 2005-2013
4) Ketua Penggubal RMK Pendidikan Islam Program PISMP
5) Ketua Panel semakan buku teks STAM  B. Arab Syarh Ibni Aqil  Bhg. Buku Teks
6) Ketua Panel semakan buku teks STAM Fiqh al-Iqna' Bhg. Buku Teks.
7) Pensyarah Sumber subjek B. Arab IPGM.

Dibidang penyiaran saya berpengalaman menjadi:
1) Guru Bahasa Arab Radio Negeri Perak rancangan Lughatul Ummah tahun 1997-2004
     Rancangan B. Arab harian di Radio.
2) Penceramah agama undangan Radio Negeri Perak    tahun 2000-2004
3) Rancangan soal jawab agama Radio Negeri Perak.

Dibidang penulisan saya telah menterjemah, menulis dan menerbitkan buku:
1) Pertentangan Iman dengan Kebendaan
2) Fardu Ain & Fardu Kifayah
3) Kunci Kecemerlangan
4) Keagungan Iman
5) Ulama' Lawang Taghut
6) Pesanan dan Peringatan.

Setelah bersara nanti saya akan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog