AMALAN UTAMA DIHARI AIDIL ADHA

                                                        AMALAN UTAMA AIDIL ADHA


1. Berpuasa pada hari Arafah, 9 Zulhijjah.
Abu Qatadah meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “(Puasa hari Arafah) menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun akan datang”
Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai, Ibn Majah dan Tirmizi.
Imam Baihaqi meriwayatkan sabda Nabi s.a.w.:
“Puasa hari Arafah seperti puasa seribu hari”

2. Menghidupkan malam raya dengan ibadah. Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسٕباً لِله لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ القُلُوب
“Sesiapa menghidupkan malam kedua Hari Raya, pasti tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

3. Bertakbir terutamanya selepas setiap kali solat fardu berjamaah mulai subuh hari Arafah sehingga Asar 13 Zul Hijjah.

4. Mandi sunat Aidil Adha sebelum ke tempat solat berjamaah Aidil Adha

5. Menunaikan solat sunat Aidil Adha berjamaah. Solat sunat Aidil Adha dan Aidil Fitri adalah solat sunat Muakkad yang paling afdhal sekali berbanding semua solat sunat yang lain.

6. Sunat makan setelah balik dari menunaikan solat sunat Aidil Adha dengan memakan sebahagian daging korbannya jika ia berkorban. Bagi yang tidak berkorban tidak mengapa ia makan sebelum solat Aidil Adha.

7. Pergi dan balik ke tempat solat jamaah Aidil Adha dengan mengikuti jalan yang berbeza.

8. Melakukan ibadah Qurban setelah selesai menunaikan solat Aidil Adha.

9. Memakai pakaian yang indah dan
terbaik
sebagai tanda bersyukur.

10. Menzahirkan kegembiraan dan saling mengucapkan tahniah mulai dari selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha. Rasulullah s.a.w. membenarkan rombongan orang Habsyi membuat pertunjukan permainan senjata di Masjid Nabawi pada hari raya.

11. Saling ziarah menziarahi sesama kerabat, tetangga, sahabat dan saudara Muslimin

12. Menghubungkan silatul Rahim melalui ucapan tahniah, ziarah dan sebagainya.

13. Saling bermaaf maafan sesama kaum Muslimin.

Salam hormat dari saya
Dato’ Hj. As’ad bin Awang
Tambun Ipoh.

Comments

Popular posts from this blog